Berita

Program Mobilisasi Komuniti Lenggeng: 1,272 individu berjaya divaksin

LENGGENG: Jabatan Kesihatan Daerah Seremban dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Lenggeng telah menganjurkan Program Mobilisasi Komuniti (MOVAK) Daerah Seremban di Dewan Orang Ramai Lenggeng.

ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim berkata, program ini dianjurkan bagi mereka yang belum menerima vaksin kerana tidak mempunyai telefon pintar dan jaringan internet untuk pendaftaran MySejahtera serta mempunyai masalah pengangkutan untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin.

“Seramai 1,272 orang telah menerima suntikan vaksin Pfizer dos pertama.

“Turut mendapat suntikan vaksin dalam program ini ialah pesakit terlantar dan OKU,” katanya.

Turut terlibat dalam program ini Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Pejabat Daerah Seremban.

Suhaimi berkata, suntikan vaksin dos kedua pula akan diterima selepas empat minggu dari tarikh menerima vaksin dos pertama.

Show More

Related Articles

Back to top button