BeritaProgram

Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM1 juta kukuh pendidikan tahfiz

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM1 juta pada tahun ini agar Negeri Sembilan bergerak seiring dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN),” titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tuanku bertitah, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sedang membantu pelajar tahfiz swasta untuk mengikuti pengajian persediaan sebagai keperluan memperlengkapkan pelajar tahfiz swasta dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui inisiatif yang dikenali sebagai Fast Track.

“Pendidikan akhlak dan kerohanian turut wajar diberi tumpuan demi untuk membendung pelbagai agenda negatif yang menyimpang daripada tatasusila masyarakat.

“Kaedah dan kurikulum pendidikan pada masa ini juga harus ditambah baik agar sesuai dengan keadaan semasa demi menjadikan ia sentiasa relevan untuk jangka masa panjang yang mampan, holistik dan komprehensif.

“Oleh itu, penglibatan dan kerjasama dari semua stake holders merentasi politik, ideologi dan kepakaran adalah diperlukan,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14.

Show More

Related Articles

Back to top button