Berita

Program Pemerkasaan Insan Ampangan Rescue Team

AMPANGAN: Ampangan Rescue Team (ART) ditubuhkan untuk memastikan adanya pasukan penyelamat di dalam komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, idea menubuhkan ART ini tercetus apabila kekerapan berlaku bencana banjir di Ampangan khususnya di Kampung Ismail, Kampung Baru Blok A, Blok B dan Blok C.

“Ketika ini, ART dilengkapi dengan dua buah bot penyelamat dengan sukarelawan yang komited.

“Alhamdulillah, hasil usaha secara terancang dengan menyelenggara sungai bersama Jabatan Pengairan dan Saliran serta baik pulih dan naik taraf sistem perparitan di Ampangan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban serba sedikit telah meminimakan permasalahan banjir ini.

“Namun, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan permasalahan banjir boleh diatasi sepenuhnya,” kata beliau.

Menurut Mohamad Rafie, walaupun demikian beliau akan tetap berusaha untuk memastikan ART kekal berperanan aktif bukan sahaja untuk permasalahan banjir tetapi apa juga permasalahan bencana yang berlaku.

“Untuk itu, kita perlu mengadakan latihan-latihan untuk memastikan sukarelawan-sukarelawan ini terlatih dan cekap dalam menjalankan amanah yang diberi.

“Latihan-latihan dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pelbagai agensi profesional yang lain,” ujar Mohamad Rafie.

Dalam ucapan perasmian, Mohamad Rafie menegaskan empat perkara yang perlu ada di kalangan sukarelawan ini iaitu:

1. Sihat dan berstamina (fit)
2. Berilmu dan mahir
3. Bekerja dalam satu pasukan (teamwork)
4. Komited iaitu komitmen melaksanakan tugasan

Show More

Related Articles

Back to top button