Aktiviti

Program Train dan Place TVET mampu kurangkan pengangguran di Negeri Sembilan: Aminuddin

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah menandatangani satu memorandum persefahaman bersama MIE Industrial Sdn Bhd bagi Program Train And Place TVET.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, memorandum ini bertujuan mengutamakan graduan Negeri Sembilan mendapat pekerjaan.

“Memorandum ini akan memastikan pihak MIE menyediakan peluang latihan dan pekerjaan dalam bidang kepakaran yang diterajui MIE seperti minyak dan gas (oil and gas), petrokimia, tenaga dan industri umum.

“Manakala, YNS akan menyediakan senarai calon dalam kalangan graduan muda anak jati Negeri Sembilan untuk ditemuduga dan dipilih MIE bagi program protege.

“Semoga kerjasama YNS dan MIE ini dapat membuahkan hasil yang baik untuk anak Negeri Sembilan dan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kerajaan Negeri melalui YNS juga akan terus komited bagi menurunkan kadar pengangguran dan berusaha mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan, pekerjaan, latihan, perintisan dan TVET di negeri ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button