Berita

Program Vaksinasi Bergerak: 200 penduduk Felcra Rompin telah divaksin

JERAM PADANG: Seramai 200 penduduk Felcra Rompin B telah divaksin dengan dos kedua menerusi Program Vaksinasi Bergerak.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, pejabatnya telah mendaftarkan 200 penduduk Felcra Rompin B terlebih dahulu untuk proses vaksinasi.

“Justeru, program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan Jabatan Kesihatan Daerah Jempol ini berjaya memvaksinasi 200 penduduk di Balai Raya Felcra Rompin.

“Program Vaksinasi Bergerak sangat membantu terutamanya bagi penduduk luar bandar, warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin.

“Terima kasih kepada petugas Jabatan Kesihatan Daerah Jempol, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol yang menjayakan program ini,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button