Berita

Projek naiktaraf Surau Taman Dusun Nyior berjalan lancar

AMPANGAN: Projek pembangunan Surau Al Fatihin, Taman Dusun Nyior kini sedang berjalan lancar; kata ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.

“Projek pembangunan surau ini sedang berjalan lancar dan kini di peringkat akhir ‘plastering’ dan pendawaian elektrik.

“Kerja-kerja pemasangan tiles (jubin) akan bermula setelah plaster ceiling dipasang.

“Saya juga sempat singgah bertanya khabar dengan petugas Majlis Bandaraya Seremban yang sedang membersihkan kawasan semak-samun yang sudah lama terbiar bersebelahan dan tidak jauh daripada Dewan Orang Ramai Taman Dusun Nyior,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata, penduduk tempatan mencadangkan kawasan tanah terbiar itu dimajukan dengan sesuatu projek yang memberi manfaat kepada masyarakat, kerana sekiranya ianya dibiarkan semula, akan kembali menjadi semak samun.

“Ini satu cadangan yang baik yang boleh diangkat untuk dipertimbangkan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button