Berita

Projek pagar Surau Felda Palong 2 siap

JERAM PADANG: Projek memasang pagar di Surau Blok D, Felda Palong 2 telah siap sepenuhnya,” kata Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Pagar ini dipasang susulan aduan dari jemaah berhubung kacau ganggu haiwan liar di kawasan surau.

“Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Jempol yang meluluskan permohonan projek ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Musliadi menyumbang bantuan barangan keperluan dapur kepada gerobok Masjid Al Hidayah Kampung Sri Rompin.

“Menyedari ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19, pengurusan Masjid Al Hidayah tampil dengan program Gerobok Masjid yang menyediakan barangan makanan kepada individu yang memerlukan.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima dan saya mendoakan mereka diberikan kesihatan yang baik,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button