Berita

Projek sistem pembentungan tergendala dapat perhatian Veerapan

Mohon peruntukkan kerajaan pusat untuk menyiapkan projek ini

TAMPIN: Projek sistem pembentungan yang tergendala berdekatan dengan Kuil Hindu di Taman Clonlee, Tampin, mendapat perhatian ADUN Repah, S.Veerapan.

“Projek ini tergendala sejak tiga tahun lepas. Banyak kawasan yang digali dibiarkan begitu sahaja dan ini mengakibatkan tempat ini ditakungi air dan dipenuhi dengan rumput rumpai dan tumbuhan.

“Adalah dibimbangi tempat ini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Saya akan meminta Majlis Daerah Tampin mengambil tindakan membersihkan kawasan ini dengan secepat mungkin dan memohon peruntukkan dari Kerajaan Pusat untuk menyiapkan projek yang tergendala ini,” kata Veerapan yang juga merupakan Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Turut hadir bersama Ahli Majlis, Encik Deventiran, Ahli Majlis, Encik Lee Kin Seah dan Pengerusi Kuil, Encik Balakrishnan.

Foto: Santha

Show More

Related Articles

Back to top button