Aktiviti

Pusat Internet percuma untuk pelajar Gemencheh

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah merasmikan Pusat Internet Rakyat Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh (ITRAKYAT) pada 28 Disember 2020.

Abd Latif berkata, untuk permulaan, sebanyak lima unit komputer disediakan dengan kemudahan internet Wifi, mesin pencetak dan mesin fotokopi.

Penggunaan adalah percuma untuk warga DUN Gemencheh termasuk pelajar, mahasiswa, kepimpinan MPKK dan orang awam.

“ITRAKYAT menawarkan kemudahan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan untuk belajar secara online (talian).

“Ianya akan memudahkan proses pembelajaran secara online dan penyediaan kertas kerja untuk mahasiswa.

“Masyarakat setempat juga boleh gunakan kemudahan di ITRAKYAT untuk membuat permohonan insentif¬† Kerajaan Negeri secara online.

“Malah kepimpinan MPKK DUN Gemencheh juga boleh menggunakan ITRAKYAT bagi penyediaan dokumen pengurusan dan pentadbiran,” kata Abd Latif.

Abd Latif berkata, ITRAKYAT akan beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Semoga ITRAKYAT ini dapat dimanfaatkan oleh setiap warga DUN Gemencheh,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button