Berita

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Hospital Tampin akan dibuka Ogos ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Hospital Tampin akan dibuka awal bulan Ogos ini.

Menurut Aminuddin, PKRC Hospital Tampin yang terletak di perkarangan Hospital Tampin akan dilengkapi dengan 224 buah katil, bilik saringan, tandas, bilik mandi dan surau.

“PKRC ini akan menyediakan rawatan kepada pesakit Covid-19 tahap satu hingga tahap empat, kecuali yang memerlukan rawatan ICU.

“Penubuhan PKRC ini turut melibatkan kerjasama strategik bersama beberapa buah syarikat korporat seperti Seri Menanti Farm Valley, Gemencheh Granite Sdn Bhd, Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), MATRIX Concepts dan TNB.

“Hospital ini dijangka mula beroperasi seawal bulan Ogos ini dengan melibatkan seramai 80 orang petugas.

“Insha Allah, PKRC ini akan meningkatkan lagi kapasiti sistem kesihatan negeri terutamanya dalam situasi semasa pandemik,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button