Berita

Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah dibuka di Port Dickson

SEREMBAN: Dalam usaha menangani pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka sebuah Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata,  Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sentiasa bekerjasama dengan agensi lain di Negeri Sembilan dalam menangani isu Covid-19.

“Justeru, pada hari ini Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson yang mempunyai 200 katil akan dibuka sebagai Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah.

“Untuk makluman telah berlaku peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di Negeri Sembilan.

“JKNNS telah meletakkan pesakit Covid-19 di tiga buah hospital di Negeri Sembilan iaitu Hospital Tuanku Jaafar dengan 234 orang, Hospital Rembau (120 orang) dan Hospital Tampin (70 orang). Jumlah pesakit 424 orang,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, pihak JKNNS juga mengambil berat mengenai rawatan pesakit non-Covid (bukan Covid-19).

“Oleh itu, perancangan juga telah dibuat dan sedang dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan
untuk pesakit non-Covid di Negeri Sembilan tidak terjejas,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button