Aktiviti

Rafie ‘belanja’ Nasi Briyani kepada ‘frontliners’ Ampangan

Sebanyak 150 pek Nasi Briyani diagihkan

AMPANGAN: Sempena bulan Ramadhan, ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek menyantuni ‘frontliners’ di DUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, sebanyak 150 pek Nasi Briyani diagihkan kepada ‘frontliners’ yang bertugas di Balai Polis Rahang, Balai Polis Paroi, Balai Bomba Seremban, Kompleks Belia dan Sukan Paroi serta tujuh institusi pendidikan sekitar Ampangan.

“Pusat Khidmat DUN Ampangan dengan kerjasama lapan MPKK DUN Ampangan bergotong-royong menyiapkan kira-kira 150 pek Nasi Briyani untuk diagihkan kepada barisan frontliners yang bertugas di sekitar DUN Ampangan.

“Di samping itu ‘frontliners’ juga menerima buah tangan berbentuk kuih raya,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata, pelbagai komen positif yang diberikan oleh para peserta gotong royong; antaranya aktiviti ini meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa barisan ‘frontliners’ merupakan benteng pertama yang perlu dijaga dan sekiranya mereka ini tidak diberikan perhatian sewajarnya maka hancur benteng pertahanan negara.

“Selain itu, program ini turut mewujudkan semangat gotong royong dan berkerjasama sesama anggota masyarakat terutama di kalangan orang muda agar budaya ini terus lekang dihati masyarakat dan tidak ditelan zaman,” ujarnya lagi.

Mohamad Rafie juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button