Berita

Rafie: Enam Pusat Internet Komuniti dibuka di DUN Ampangan

AMPANGAN: Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan telah dan sedang menyediakan Pusat Internet Komuniti iaitu kemudahan komputer dan talian internet di enam balai raya di DUN Ampangan.

ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, usaha ini adalah untuk membantu masyarakat khususnya pelajar, untuk menggunakan kemudahan komputer dan internet dalam usaha menambah ilmu pengetahuan.

Setiap balai raya diperlengkapkan dengan kemudahan 10 unit komputer dan capaian internet.

“Secara dasar tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan komputer/internet di balai raya ini.

“Namun, orang ramai dan pelajar digalakkan menyumbang, mungkin RM1 seorang untuk penggunaan kemudahan di balai raya ini untuk membantu MPKK menyelenggara kemudahan ini termasuk membiayai bil elektrik khususnya untuk menampung kos sistem hawa dingin.

“Jika pelajar tiada berkemampuan langsung, mereka tetap dibenarkan untuk menggunakan kemudahan komputer di balai raya ini walaupun tidak membuat sebarang pembayaran.,” jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan berkata, kemudahan capaian Wifi juga disediakan di Kompleks Medan Selera Ampangan/Benteng Ampangan.

“Usaha ini adalah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban, namun beberapa kemudahan lain perlu dipertingkatkan lagi,” ujarnya.

Mohamad Rafie berkata, warga Ampangan boleh menghubungi Pengerusi MPKK seperti nama yang tertera di bawah, jika mahu menggunakan kemudahan komputer dan internet di balai raya tersebut.

Enam balai raya tersebut adalah:

1. Balai Raya Gedung Lalang 162
Pengerusi MPKK: Encik Hashinordin
Tel: 016-368 4279

2. Balai Raya Taman Bukti
Pengerusi MPKK: Encik Abu Omar Abdullah
Tel: 011-1094 5167

3. Balai Raya Kampung Bahagia Jiboi
Pengerusi MPKK: Encik Ishak Yusof
Tel: 019-620 2966

4. Balai Raya Taman Dusun Nyior
Pengerusi MPKK: Encik Mohd Helmi
Tel: 017-346 0372

5. Balai Raya Kampung Ismail (TM masih dalam proses menyediakan capaian internet)
Pengerusi MPKK: Encik Karim Osman
Tel: 019-391 1290

6. Balai Raya Taman Dusun Setia (dalam proses).
Pengerusi MPKK: Encik Mohd Helmi
Tel: 017-346 0372

Show More

Related Articles

Back to top button