Berita

Rafie fokus kebersihan DUN Ampangan

AMPANGAN: ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, beliau sentiasa fokus kepada aspek kebersihan di DUN Ampangan.

Justeru, baru-baru ini beliau telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan Kebersihan DUN Ampangan membabitkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), SWCorp dan SWM bersama Pusat Khidmat DUN Ampangan, Ahli Majlis MBS, Pengerusi dan Setiausaha MPKK DUN Ampangan.

“Mesyuarat membincangkan persediaan menghadapi pembangunan projek-projek baru apabila bermula sepenuhnya, khususnya di Bandar Baru Ampangan iaitu Pasar Baru Bertingkat Ampangan, Kompleks Komuniti Ampangan, Jejantas antara Medan Selera dan UTC serta Dataran Ampangan.

“Alhamdullillah, mesyuarat berjalan baik dan beberapa mesyuarat susulan akan diadakan pada 26 Ogos 2020 dan 3 September 2020.

“Kebersihan berkaitan isu longkang besar, pemungutan sampah, kemudahan infrastruktur seperti tong sampah individu, kemudahan tempat pengumpulan sampah setempat dan tanggungjawab sivik masyarakat diperhalusi dalam mesyuarat ini untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik demi untuk keselesaan masyarakat yang tinggal di DUN Ampangan,” jelas Mohamad Rafie yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan.

Show More

Related Articles

Back to top button