Berita

Rafie: Kerajaan Negeri akan perkenal TUNS PLUS 2021

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan memperkenalkan satu lagi skim bantuan usahawan kecil iaitu TUNS PLUS pada tahun depan; kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek.

“Selain Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) yang telah memasuki tahun kedua (2019 dan 2020); kita bakal memperkenalkan satu lagi skim untuk membantu usahawan kecil di Negeri Sembilan iaitu TUNS PLUS.

“Perincian kaedah bantuan TUNS PLUS ini akan dimaklumkan selepas pembentangan Belanjawan 2021 pada 27 November 2020,” kata Mohamad Rafie.

Rafie yang juga ADUN Ampangan berkata demikian selepas majlis penyerahan geran TUNS kepada lapan peniaga kecil dari DUN Ampangan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

“Hari ini saya telah menyerahkankan geran bantuan TUNS kepada lapan pengusaha yang berjaya di dalam DUN Ampangan.

“Bantuan untuk lebih ramai usahawan (pemohon) yang berjaya untuk tahun ini akan diserahkan menjelang akhir tahun ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berhasrat untuk meneruskan usaha untuk membantu usahawan mikro untuk tahun 2021. Bantuan dirangka dalam dua bentuk iaitu TUNS dan TUNS PLUS,” jelas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button