Berita

Rafie: Kerajaan Negeri mahu bangunkan modal insan berkemahiran

Nilai University bersedia menjadi rakan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berazam untuk membangunkan ‘ talented human capital’ (modal insan berkemahiran), kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek.

Dalam lawatan kerja beliau ke Nilai University kelmarin, Mohamad Rafie berkata; dalam usaha untuk memastikan Negeri Sembilan mempunyai tenaga kerja yang berilmu dan mahir, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan untuk membangunkan ‘human capital’ (Modal Insan).

“Kerjasama (collaboration) bersama institusi akademik dan institusi TVET, kritikal untuk menyakinkan pelabur bahawa Negeri Sembilan mampu menyediakan tenaga kerja yang diperlukan dalam perindustrian berteknologi tinggi.

“Nilai University bersedia untuk menjadi rakan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Perbadanan NS (NS Corp) untuk menyediakan pembangunan modal insan (human capital development).

“NS Corp juga telah mendapat persetujuan bersama beberapa universiti yang lain untuk memastikan Negeri Sembilan boleh menyediakan tenaga kerja berilmu dan berkemahiran.

“Hasrat Kerajaan Negeri dengan wujudnya ‘talented human capital’ ini akan berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Sembilan,” kata Mohamad Rafie.

Nilai University yang menawarkan kursus diploma dan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapalterbang (Aircraft Maintenance Engineering). Nilai University juga mempunyai kemudahan dua buah kapalterbang untuk pembelajaran pelajar.

Show More

Related Articles

Back to top button