Berita

Rafie: Kerajaan PH Negeri Sembilan sasar pelaburan RM10 bilion

Stay, Work and Play in Negeri Sembilan dasar anjakan baru

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, menyasarkan pelaburan RM10 bilion pada tahun 2021, manakala untuk tahun ini sasaran RM5 bilion.

Ianya sebahagian daripada intipati cadangan belanjawan Portfolio Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan yang dibentangkan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie Abd Malek di Sesi Konsultasi Penyediaan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Tahun 2021 di Hotel Amari, Johor Baru.

Menurut Mohamad Rafie, Growing Target (Dasar Pelaburan Berganda) adalah dasar polisi baru iaitu nilai pelaburan yang diusahakan untuk dibawa masuk perlu disasarkan untuk sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.

“Dasar ini berbeza dari pendekatan dahulu yang hanya mensasarkan nilai sekitar RM1 bilion setahun. Untuk ini, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Dasar Pelaburan Berganda seawal tahun pertama pentabdiran Pakatan Harapan bermula,” katanya.

Stay, Work and Play in Negeri Sembilan (Tinggal, Bekerja dan Bereakreasi di Negeri Sembilan) merupakan dasar anjakan yang berbeza dari polisi terdahulu iaitu mensasarkan ‘Tinggal di Negeri Sembilan dan Bekerja di Lembah Klang’.

“Usaha perlu dilakukan untuk memastikan aktiviti ekonomi di Negeri Sembilan perlu dimantapkan untuk membolehkan polisi ini dilaksanakan,” ujar Mohamad Rafie.

State Led Initiative (Agenda pembangunan dan pelaburan Negeri Sembilan dipacu oleh Kerajaan Negeri).

“Kerajaan Negeri perlu memimpin dan memacu agenda pembangunan dan pelaburan negeri dan tidak hanya bergantung kepada sektor swasta semata-mata untuk memacu pembangunan ekonomi.

“Di samping itu, pembangunan usahawan diteruskan dan ditambahbaik serta pendidikan akan terus dimantapkan di Negeri Sembilan,” jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie turut berkongsi statistik jumlah pelaburan di Negeri Sembilan seperti berikut:

Tahun 2017 : RM1.41 bilion
Tahun 2018 : RM2.86 bilion
Tahun 2019 : RM3.68 bilion
Tahun 2020 : Sasaran RM5 bilion
Tahun 2021 : Sasaran RM10 bilion.

Show More

Related Articles

Back to top button