Berita

Rafie kesal kain rentang Selamat Hari Raya diturunkan UDA

Penurunan Kain Rentang Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Oleh UDA Holdings Berhad

1. Pejabat ADUN Ampangan telah membuat permohonan untuk meletakkan Kain Rentang Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengurusan Bangunan UTC Ampangan.

2. Pentadbiran Bangunan UTC Ampangan secara dasarnya telah meluluskan permohonan ini.

3. Kain rentang ini merupakan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri YB Dato’ Dr Mohamad Rafie Bin Ab Malek sesuai selaku Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Ampangan. Kain rentang ini hanya membawa Jata Logo Kerajaan Negeri Sembilan. Tiada sebarang logo parti politik tertera pada kain rentang ini.

4. Pada 23 Mei 2020 iaitu satu hari sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua kain rentang telah dipasang dibangunan UTC Ampangan dan sebagaimana dipersetujui ianya akan dipasang selama tempoh 30 hari iaitu menjelang 22 Jun 2020.

5. Malangnya, pada petang 29 Mei 2020, UDA Holdings Berhad telah mengarahkan kain rentang tersebut diturunkan. Arahan penurunan kain rentang ini jika dilihat pada tarikh surat ini adalah secara “serta-merta”. Pentadbiran UTC Ampangan kemudian menurunkan kain rentang tersebut pada malam yang sama sebagai mematuhi “arahan serta-merta” tersebut.

6. Pejabat ADUN Ampangan merasa kesal atas sikap tidak profesional UDA Holdings Berhad.

7. Pada pengamatan kita, peristiwa ini berlaku, ianya kemungkinan lebih berkait kepada perlantikan Pengerusi-Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies – GLC) kepada ahli-ahli politik. Justeru tindakan dibuat lebih berdasarkan pemikiran politik yang sempit.

8. Perlantikan ahli-ahli politik sebagai pengerusi GLC dibawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional adalah usaha mereka untuk mengukuhkan ikatan hubungan yang longgar. Umumnya, kita mengetahui perlantikan ahli-ahli politik ini selaku pengerusi-pengerusi GLC ini “bukan kerana kelayakan atau kewibawaan” mereka untuk mengurus GLC-GLC ini. Rakyat sewajarnya merasa bimbang perlantikan mereka yang tidak berwibawa untuk mengurus GLC-GLC ini. Ahli-ahli politik ini menerima habuan dan ganjaran yang besar dengan jawatan yang mereka terajui.

9. Ternyata tindakan UDA Holdings Berhad ini secara jelas telah menunjukkan tiada kewibawaan dan tiada nilai profesional.

10. Untuk rekod, Kerajaan Perikatan Nasional telah melantik Ahli Parlimen Jelebu iaitu wakil Umno/BN, Dato Jalaluddin Alias sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad berkuatkuasa pada 13 Mei 2020.

11. Secara jelas, pimpinan Pakatan Harapan lebih berwibawa dan profesional dalam menjalankan tugasan amanah rakyat.

12. Warga Negeri Sembilan perlu menolak pimpinan Umno/BN.

 

YB DATO’ DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK

ADUN AMPANGAN 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan.

30 Mei 2020.

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button