Berita

20 pelajar IPT terima bantuan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menyampaikan insentif kewangan kepada 20 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Saya menyampaikan Insentif Kecemerlangan IPT kepada 20 pelajar dari DUN Seremban Jaya yang telah melanjutkan pengajian ke IPT.

“Sumbangan cek IPTA adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu pelajar menanggung beberapa kos permulaan apabila melanjutkan pengajian di IPT.

“Saya berharap anak-anak saya belajar bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, berjasalah kepada ibubapa anda yang banyak berkorban sepanjang hidup semasa membesarkan anda semua,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu pelajar IPT.

Beberapa pelajar tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri kelas dalam talian dan mereka diwakili oleh ibubapa masing-masing.

Show More

Related Articles

Back to top button