Berita

Rafie: Rumah warga emas di Kg.Gedung Lalang Lama dibaikpulih

Program gotong royong baikpulih rumah asnaf yang ketiga sejak Julai lepas

AMPANGAN: Hasil kejayaan dua program Gotong Royong Mesra Rakyat sebelum ini, Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan meneruskan program membaikpulih sebuah rumah keluarga warga emas di Kampung Gedung Lalang Lama.

ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, Program Gotong Royong Ketiga Mesra Rakyat ini merupakan projek gotong-royong yang ketiga untuk membaikpulih rumah golongan asnaf sejak Julai lepas.

“Sebelum ini puluhan rumah telah dibaiki di dalam DUN Ampangan.

“Usaha ini merapatkan hubungan silaturrahim petugas dan sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan dengan masyarakat setempat di Kampung Gedung Lalang Lama, Ampangan.

“Selain merencana dan melaksanakan usaha-usaha untuk peningkatan taraf hidup rakyat menerusi pelbagai pembangunan infrastuktur dan ekonomi.

“Permasalahan semasa rakyat juga perlu ditangani untuk dibantu dan diselesaikan.

“Keadaan rumah yang tidak sesuai didiami dan ketidakmampuan mereka untuk membaikpulih rumah mereka, perlu kita usaha untuk kita tangani,” kata Rafie.

Rafie mengulas, golongan berpendapatan rendah di Ampangan masih ramai dan maklumat data ini diperolehi menerusi lawatan-lawatan yang kerap diadakan di seluruh kawasan Ampangan.

“Gotong-royong dilaksanakan kerana ianya lebih jimat di samping kita terbabit terus untuk memastikan kualiti kerja yang baik.

“Di samping itu, usaha melaksana gotong-royong seperti ini akan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat,” ujar Rafie yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan.

Show More

Related Articles

Back to top button