Berita

Rafie santuni 16 keluarga dikuarantin Covid-19

AMPANGAN: Sebanyak 16 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19, menerima bantuan barangan keperluan dapur dari ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek.

Mohamad Rafie berkata, 16 keluarga ini dari Kampung Bahagia Jiboi (7), Taman Gedong Lalang 162 (3 keluarga), Taman Dusun Nyior (2), Taman Bougainvilla (2), Taman Gedong Lalang 50 (1) dan Kampung Blok B (1).

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan terus mengambil inisiatif menyantuni keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 sebagai tanda keprihatinan kita di atas permasalahan yang mereka hadapi.

“Puluhan keluarga telah kita santuni dan kita merasa agak bimbang kerana jumlah mereka yang terkena jangkitan Covid-19 ini terus meningkat dari sehari ke sehari.

“Kita mendoakan agar mereka yang telah dijangkiti penyakit ini kembali sembuh dengan segera,” ujar Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie menasihatkan orang ramai mematuhi sepenuhnya Prosedur Standard Operasi (SOP) dalam usaha menghindari dari gejala penyakit Covid-19.

“Usaha meningkatkan imuniti diri juga perlu dilaksanakan di samping menjaga ‘diet’ makanan dan mengambil vitamin C serta bersukan atau physical exercise secara berkala.

“Kali ini kita juga agihkan buah kelapa. Buah kelapa banyak khasiatnya untuk kesihatan khususnya air kelapa yang bersifat alkali yang boleh mengimbangkan PH dalam badan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button