Aktiviti

Rafie serah sumbangan buah kurma kepada ‘Frontliners’

AMPANGAN: Sempena sambutan Ramadhan, ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek telah menyerahkan sumbangan buah kurma kepada anggotta ‘Frontliners’ di Balai Polis Rahang, Balai Polis Paroi, Balai Polis Seremban 2 dan Balai Bomba Ampangan.

“Frontliners khususnya anggota polis, tentera, bomba, kakitangan hospital dan klinik kesihatan, jururawat dan doktor terpaksa bekerja mengikut shif demi menjaga kepentingan masyarakat dan negara.

“Menyantuni mereka serba sedikit akan memberi motivasi kepada mereka untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

“Kehadiran kita mewakili masyarakat adalah untuk menunjukkan bahawa kita amat menghargai pengorbanan mereka yang berkhidmat untuk masyarakat dan negara,” ujar Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button