BeritaMenarik

Gunasekaren mahu tanah rizab dimajukan

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren mahu tanah rizab di Taman Bukit Emas dimajukan untuk tujuan perniagaan tertentu.

“Saya telah mencadangkan kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) agar memberi kebenaran kepada beberapa individu yang berminat menjalankan perniagaan jualan (gerai) dan tapak semaian (nursery).

“Justeru itu, saya bersama Setiausaha MBS, Encik Mas Midyawan Yahya telah mengadakan lawatan untuk melihat tanah-tanah rizab di Taman Bukit Emas untuk dibersihkan dan digunakan semula oleh penduduk setempat bagi tujuan komersial.

“Secara dasarnya MBS bersetuju dengan cadangan ini namun pengusaha tersebut perlu mendapatkan persetujuan daripada Pejabat Tanah dan daerah terlebih dahulu,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli MBS, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button