Berita

Punca tekanan air rendah telah dikenal pasti

SEREMBAN: Punca masalah air rendah di beberapa kawasan di Negeri Sembilan telah dikenal pasti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, punca tersebut adalah disebabkan oleh valve paip yang rosak di empangan Teriang.

“Oleh itu, jumlah air yang sepatutnya keluar adalah sebanyak 170 mdl berkurangan menjadi 150 mdl sehari.

“Ini secara langsung menyebabkan kawasan tinggi dan kawasan di hujung saluran seperti di Taman Nilai Perdana, Spring Hill, Lenggeng dan beberapa kawasan lain terjejas kerana tekanan air rendah.

“Kerja-Kerja baik pulih telah dijalankan sejak malam tadi dan akan selesai pada hari ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button