Berita

Rafie turun padang lawat rumah rosak akibat ribut

AMPANGAN: Ekoran kejadian ribut petang kelmarin, ADUN Ampangan, YB Dato’ Mohamad Rafie Abd Malek telah melawat sembilan buah rumah yang mengalami kerosakan bumbung di Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, kejadian ribut ini membabitkan kerosakan kepada sebuah rumah di Kampung Gedung Lalang Lama, tiga buah rumah di Gedung Lalang 162, dua buah rumah di Kampung Sekolah dan dua buah rumah di Kampung Ismail.

“Angin ribut yang melanda sekitar jam 5.00 petang telah menyebabkan banyak pokok tumbang yang menimpa talian elektrik serta beberapa buah rumah.

“Beberapa rumah turut mengalami kerosakan bumbung dan kerosakan ini akan dibaiki secepat mungkin.

“Semoga mereka yang ditimpa bencana ini bersabar. Namun, kita bersyukur tiada siapa yang cedera akibat daripada kejadian ini,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button