Berita

Rafie umum 2021 Tahun Melabur Negeri Sembilan

Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan telah dibuka

SEREMBAN: Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek mengisytihar tahun 2021 sebagai Tahun Melabur Negeri Sembilan.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan mengumumkan pakej insentif untuk mengalakkan pelaburan samada dari dalam mahupun dari luar negara ke Negeri Sembilan.

“Majlis Pelancaran Tahun Melabur Negeri Sembilan 2021 akan diadakan pada 12 November ini.

“Majlis pelancaran sebenarnya telah dirancang lebih awal tetapi oleh kerana permasalahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, menyebabkan ianya tidak dapat dilaksana lebih awal,” kata Mohamad Rafie.

Permohonan dahulu yang tidak lengkap, lengkapkan borang permohonan sebelum 21 Ogos ini

Sementara itu. Rafie turut mengumumkan permohonan baru usahawan mikro untuk geran Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) telah dibuka sejak kelmarin secara atas talian.

“Permohonan ini akan dibuka sehingga 20 September 2020.

“Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM6 juta untuk geran TUNS, untuk tahun 2020 yang bakal memanfaatkan 2,000 usahawan mikro.

“Setakat ini, Jawatankuasa Kelulusan TUNS telah meluluskan seramai 643 usahawan untuk tahun 2020 yang membabitkan peruntukan dana RM1,885,868.95,” ujar Mohamad Rafie yang juga ADUN Ampangan.

 

 

Mohamad Rafie berkata, Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat kesemua peruntukan geran RM6 juta ini boleh disalurkan kepada usahawan mikro sebelum tahun 2020 berakhir.

“Ini bermakna seramai sekitar 1,400 usahawan bakal dinilai permohonan mereka untuk menerima geran bantuan Kerajaan Negeri ini.

“Untuk makluman, pada tahun 2019 seramai 1,046 usahawan telah menerima manfaat geran TUNS dengan peruntukan bernilai RM3 juta.

“Jawatankuasa Kelulusan TUNS juga memohon kesemua permohonan terdahulu yang permohonan mereka tidak lengkap, melengkapkan borang permohonan mereka sebelum 21 Ogos 2020.

“Ini adalah peringatan semula kerana sebelum ini Jawatankuasa Kelulusan TUNS telah memaklumkan mengenai permasalahan ini. Jika pemohon gagal berbuat demikian, maka permohonan dianggap terbatal,” jelas Mohamad Rafie lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button