Berita

Rafie: Usahawan Melayu ambil peluang bidang industri, pertanian dan biodiversiti

Rafie menyarankan MPKK memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Ampangan

AMPANGAN: Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, usahawan Melayu perlu mengambil peluang untuk membangun bersama dalam bidang perindustrian, pertanian dan biodiversiti sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan.

Rafie berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Negeri Sembilan di Hotel Palm, Seremban.

Dalam ucaptama, beliau menekankan usahawan Melayu untuk mengorak langkah merangsang ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Sementara itu Majlis Penyampaian Watikah Kepada Pengerusi Dan Setiausaha MPKK DUN Ampangan
telah diadakan di Balai Penghulu, Ampangan.

Rafie berkata, DUN Ampangan mempunyai lapan MPKK dan kesemua Pengerusi dan Setiausaha MPKK DUN Ampangan telah melafazkan ikrar untuk berkhidmat dengan terbaik untuk penduduk DUN Ampangan.

“Struktur pentadbiran DUN Ampangan menerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan adalah melalui empat Ahli Majlis dan lapan MPKK.

“Mesyuarat Penyelarasan DUN akan diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Ampangan,” kata Rafie.

 

Show More

Related Articles

Back to top button