Aktiviti

Rahang: Mary bantu 500 keluarga kurang kemampuan

RAHANG: ADUN Rahang, Mary Josephine Prittam Singh menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 500 keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Rahang.

“Sumbangan ini adalah inisiatif daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu golongan miskin dan meringankan beban kewangan mereka.

“Diharapkan sumbangan ini membantu keluarga yang kurang berkemampuan, khususnya yang kehilangan pendapatan akibat kesan pandemik Covid-19,” kata Mary.

Mary berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Turut hadir Ahli Majlis Rahang, Cik Winnie Suri.

Show More

Related Articles

Back to top button