Berita

Rahman agih bantuan bakul makanan kepada 17 keluarga dikuarantin Covid-19

SERTING: Sebanyak 17 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 disantuni Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Menerima maklumat sebanyak 17 keluarga dikuarantin akibat Covid-19, saya telah menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada keluarga tersebut.

“Sebanyak 17 keluarga yang dibantu ini dari Felda Serting Hilir, Taman Sri Serting, Kampung Serting Ulu, Kampung Serting Tengah, Kampung Ladang Geddes, Kampung Dato’ Johan dan Taman Serting Utama.

“Semoga bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan, hanya keluar daripada rumah jika perlu dan elakkan berada di tempat yang sesak,” ulas Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata, pengagihan bantuan makanan ini dilakukan dengan SOP yang ketat.

Show More

Related Articles

Back to top button