Aktiviti

Rahman agih bantuan makanan kepada 12 keluarga dikuarantin Covid-19

SERTING: Sebanyak 12 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 menerima bantuan makanan dari Penyelaras DUN Serting, Abdul Rahman Ramli.

Abdul Rahman berkata, 12 keluarga yang dikuarantin ini dari Felda Serting Hilir, Taman Sri Serting, Kampung Serting Hilir, Kampung Serting Tengah dan Kampung Bayai Lama.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan, hanya keluar dari rumah jika perlu dan elakkan berada di tempat yang sesak.

“Semoga bantuan makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut. Bantuan makanan disalurkan mengikut SOP yang ketat,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button