Berita

Rahman bantu baik pulih bumbung rumah terbang akibat angin kencang

SERTING: Sebuah keluarga dari Kampung Ladang Geddes di sini, yang tidur berbumbungkan langit selepas bumbung rumah diterbangkan angin kencang, mampu menarik nafas lega apabila mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Serting, Abdul Rahman Ramli.

“Semasa menziarahi keluarga ini saya membayangkan bagaimana keadaan mereka bermalam tanpa bumbung sekiranya hujan.

“Justeru, saya telah meluluskan peruntukan dan melantik kontraktor untuk baik pulih bumbung rumah Encik Balan dengan kadar segera.

“Kerja-kerja memasang bumbung yang baru siap pada hari yang sama,” ujar Abdul Rahman.

Sementara itu Balan mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas bantuan segera yang diberikan.

“Saya dan keluarga saya amat gembira setelah bumbung rumah diganti baharu.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Abdul Rahman di atas keperihatinan beliau,” kata Balan.

Show More

Related Articles

Back to top button