Aktiviti

Rahman: Hidupkan budaya bantu-membantu dan kesejahteraan bersama

SERTING: Budaya saling mengambil tahu dan bantu membantu yang kian hilang dari masyarakat kampung, kini perlu dihidupkan semula demi memastikan kesejahteraan semua penduduk kampung; kata Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Rahman berkata demikian dalam majlis penyampaian ‘Bakul Makanan’ kepada lima keluarga di Kampung Serting Ulu dekat sini.

“Lima keluarga dari kampung ini telah menerima set ‘Bakul Makanan’ yang bernilai RM100 setiap satu.

“Selain itu, saya juga telah menyerahkan sijil caruman kepada 15 orang peserta i-Suri dari kampung ini,” ujarnya.

Turut hadir Penghulu bagi DUN Serting, Tuan Mohd Shahrudin Abd Aziz dan Pengerusi MPKK Kampung Serting Ulu, Tuan Mohd Nordin Md Jusa.

Show More

Related Articles

Back to top button