Berita

Kenaikan tarif air domestik, tampung kos keseluruhan

SEREMBAN: Kadar kenaikan tarif air domestik yang berkemungkinan dinaikkan adalah bertujuan bagi menampung kos keseluruhan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kali terakhir kenaikan tarif air domestik adalah pada tahun 2002.

“Saban tahun kos keseluruhan makin meningkat daripada kos pengeluaran, kos agihan dan kos operasi.

“Adalah wajar sekiranya tarif air dinaikkan sedikit bagi menampung kos tersebut.

“Sehingga hari ini kos keseluruhan bekalan air kepada pengguna adalah sebanyak RM1.05 sen untuk setiap meter padu.

“Walau bagaimanapun, Kerajaan telah menanggung sebanyak 50 sen bagi setiap meter padu.

“Tarif air di Negeri Sembilan juga merupakan yang terendah di negara ini.

“Oleh itu, saya berharap agar pengguna dapat memahami keadaan ini kerana kita memerlukan kos yang besar bagi rawatan air, penggantian paip dan kerosakan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button