Berita

Rahman hulur bantuan yuran persekolahan Adik Fikri

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli menghulurkan bantuan yuran persekolahan PIBG kepada Adik Fikri Haqimi Jaafar, 19 tahun.

Abdul Rahman berkata, Adik Fikri Haqimi mempunyai tunggakan yuran PIBG sekolah.

“Ini menyebabkan Fikri Haqimi tidak memperolehi semua sijil pelajaran sekolah dan menyukarkan beliau untuk melanjutkan pelajaran atau pekerjaan,” ujar Abd Rahman.

Abd Rahman menyerahkan sumbangan kewangan ini kepada Puan Norhaliza Razali, 55, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak termasuk Fikri Haqimi.

“Hari ini dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, malah kos sara hidup yang semakin meningkat, saya di DUN Serting mengambil inisiatif untuk membantu dan meringkankan beban di kalangan asnaf,” ulas beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button