Aktiviti

Rahman meraikan 46 warga emas sempena Tahun Baru Cina

SERTING: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, seramai 46 orang penghuni Pusat Penjagaan Rumah Sejahtera di Mahsan dekat sini, telah diraikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Saya berharap kunjungan ini akan mengisi kegembiraan warga emas yang menghuni pusat penjagaan ini yang rata-ratanya berjauhan dari keluarga masing-masing.

“Saya telah menyerahkan sumbangan kewangan ‘Ang Pow’ dan limau mandarin kepada semua penghuni rumah kebajikan warga emas ini,” kata Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button