Berita

Rahman sumbang bakul makanan kepada 20 keluarga dikuarantin Covid-19

SERTING: Sebanyak 20 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 menerima bantuan bakul makanan daripada Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Abdul Rahman berkata, bantuan ini membabitkan 20 keluarga daripada Kampung Serting ilir, Kampung Gajah Mati, Felda Serting Hilir, Mahsan, Taman Serting Jaya, Kampung Bukit Laka, Felda Raja Alias, Kampung Serting Tengah dan Taman Sri Serting.

“Bantuan bakul makanan ini disalurkan dari rumah ke rumah mengikut SOP yang ketat.

“Saya berharap warga DUN Serting berada di rumah sewaktu tempoh PKP ini dilaksanakan dan dinasihatkan mendaftarkan diri untuk menerima Vaksin Covid-19,” ulas Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button