Berita

SWM Environment sumbang 250 water jet bantu mangsa banjir

SEREMBAN: SWM Environment Sdn Bhd telah menyumbangkan 250 unit mesin air tekanan tinggi (water jet) kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan urusan mereka sekiranya berlaku kejadian banjir pada masa akan datang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, SWM Environment telah membantu mangsa banjir sejak awal bencana ini melanda pada penghujung tahun lalu.

“Saya difahamkan di seluruh Negeri Sembilan, SWM Enviromental telah menggerakkan lebih 266 anggota dan 102 jentera sepanjang bencana tersebut.

“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan terima kasih kepada SWM Environment atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap rakyat negeri ini terutamanya dalam menghadapi bencana banjir.

“Semoga sumbangan ini memudahkan urusan mereka yang terkesan dengan bencana tersebut,” katanya selepas menerima sumbangan peralatan elektrik tersebut daripada SWM Environment Sdn Bhd di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Show More

Related Articles

Back to top button