Berita

Rahman sumbang bekalan makanan kepada 15 warga emas dikuarantin Covid-19

SERTING: Seramai 15 orang warga emas yang dikuarantin akibat Covid-19 di Rumah Orang Tua Mahsan dekat sini, mendapat perhatian Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Menurut Abdul Rahman, seramai 15 orang warga emas akan menerima sumbangan makan malam sepanjang tempoh kuarantin.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam mengharungi kehidupan dalam suasana dikuarantin di Rumah Orang Tua Mahsan bagi tempoh tertentu yang ditetapkan.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar mematuhi segala arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan jangan keluar rumah jika tiada urusan penting agar penularan pandemik Covid-19 dapat dibendung dan rantaian jangkitan virus Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.

Rahaman berkata demikian selepas menyerahkan pek makan malam kepada 15 warga emas di Rumah Orang Tua Mahsan.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Sri Mahsan, Encik Wong dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Mahsan, Encik Poon.

Show More

Related Articles

Back to top button