Berita

Rahman sumbang kerusi roda kepada pesakit kencing manis

SERTING: Seorang pesakit kencing manis, Encik Muhammad Sulaiman (61) yang baru menjalani pembedahan di buku lali, menerima sumbangan kerusi roda daripada Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Encik Muhammad dari Felda Serting Hilir 1 baru menjalani pembedahan di buku lali.

“Menyedari beliau menghadapi kesukaran untuk bergerak, saya telah menyumbang sebuah kerusi roda untuk kegunaan beliau.

“Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh,” ujar Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button