Berita

Rahman sumbang kerusi roda kepada pesakit strok

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit strok, Puan Saliah Saliman, 66, dari Felda Serting Hilir 3.

Menurut Abdul Rahman, Puan Saliah menghidapi penyakit strok sejak empat bulan yang lalu yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak.

“Beliau memerlukan bantuan ahli keluarga untuk bergerak di dalam rumah dan di luar rumah.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat membantu pergerakan harian beliau,” kata Abdul Rahman.

Saliah kini tinggal bersama anaknya di Felda Serting Hilir 3. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Turut hadir, Ahli Majlis Perbandaran Jempol, Encik Zainal.

Show More

Related Articles

Back to top button