Berita

Rahman sumbang peralatan perubatan kepada pesakit Japanese Encephalitis

SERTING: Pesakit Japanese Encephalitis, Adik Ahmad Airil Wafi Mohd Yusaharudin, tujuh tahun, menerima sumbangan alat Compressor Nebulizer dan Portable Phlegm Suction Unit daripada Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Adik Ahmad Airil Wafi dari Taman Serting Indah menghidapi penyakit Japanese Encephalitis sejak tiga bulan yang lalu.

“Diharapkan sumbangan peralatan perubatan ini membantu ibunya menguruskan anak ini.

“Saya mendoakan semoga anak ini diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan,” kata Rahman.

Sumbangan peralatan perubatan tersebut diterima oleh ibunya Khairulnisa Mazni, 36 di Pejabat Penyelaras DUN Serting.

Show More

Related Articles

Back to top button