Aktiviti

Rahman sumbang RM1,000 kepada Masjid Kampung Bayai Baru

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menyumbang RM1,000 kepada Masjid Kampung Bayai Baru.

“Saya menyeru penduduk kampung supaya menjaga kesejahteraan kampung dan menolak unsur-unsur yang boleh memecah belahkan perpaduan masyarakat kampung.

“Saya juga ingin menekankan bahawa pengurusan MPKK dan masjid di Kampung Bayai Baru harus berkerjasama untuk kemajuan kampung,” ujar Abdul Rahman.

Sementara itu Abdul Rahman merasmikan Program Kelas Memasak Lemang dan Rendang Vegetarian anjuran Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dengan kerjsama Persatuan Penganut Agama Buddha Shan Yuan Jempol.

Program yang diadakan di Balai Raya Kampung Baru Mahsan, disertai oleh 25 peserta. Rahman menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta terbabit.

“Diharapkan program ini dapat membuka peluang kepada golongan wanita untuk menceburi perniagaan berasaskan masakan dan menjana pendapatan keluarga,” kata Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button