Menarik

Aminuddin gesa masjid dan surau mesra kanak-kanak

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menggesa masjid dan surau mengambil pendekatan mesra kanak-kanak.

Aminuddin mengucapkan tahniah kepada pengurusan Surau Taman Coral Height yang mengambil inisiatif melatih anak-anak menjadi bilal, imam muda serta mengamalkan sikap mesra kanak-kanak.

“Usaha yang dilakukan oleh Surau Taman Coral Height ini merupakan sesuatu yang perlu diikuti semua masjid dan surau .

“Mereka dibenarkan hadir dan bermain di surau supaya didedahkan tentang keindahan surau.

“Usaha sebegini sudah pastinya akan menarik minat dan memaut hati kanak-kanak ini untuk sentiasa hadir ke masjid dan surau.

“Semoga lebih banyak lagi masjid dan surau yang mengambil pendekatan mesra kanak-kanak supaya dapat membantu mendidik generasi akan datang untuk cinta kepada rumah Allah, Insyah Allah,” kata Aminuddin.

Beliau berkata demikian selepas selesai solat Isyak dan solat sunat Terawih berjemaah di surau tersebut.

Beliau sebelumnya berbuka puasa dan solat Maghrib di Surau Al-Falah Sikamat.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat, turut memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa keluarga asnaf tempatan di kedua-dua surau.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button