Berita

Rahman sumbang RM1,000 kepada Masjid Serting Tengah

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menyumbang RM1,000 kepada Koperasi Kariah Masjid Kampung Serting Tengah.

“Sumbangan kewangan ini untuk melaksanakan aktiviti koperasi masjid.

“Saya berharap koperasi masjid dapat menjalankan aktiviti atau program yang membawa faedah kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli.

“Saya juga berharap semua ahli jawatankuasa dan ahli bekerjasama demi kemajuan Koperasi Kariah Masjid Serting Tengah,” ujar Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button