Berita

Rahman sumbang RM1,000 kepada pesakit jantung bakal jalani pembedahan

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menghulurkan bantuan kewangan RM1,000 kepada Saudara Muhammad Zunnurain Omar yang bakal menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sumbangan kewangan ini untuk menampung pembedahan transcatheter valve replacement.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu Muhammad Zunnurain menampung kos menjalani pembedahan tersebut,” kata Abdul Rahman.

Sumbangan diterima oleh isterinya, Puan Nurhayati Rebino di Pejabat Penyelaras DUN Serting.

Puan Nurhayati mengucapkan terima Kasih di atas sumbangan Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button