Berita

Rais: 35 pelajar miskin Senaling terima Bantuan Anak Sekolah

Setiap pelajar menerima RM300 untuk Fasa 1

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Mohamad@Basiron telah mengagihkan Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) bagi tahun 2020 kepada 35 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang layak di Dewan Orang Ramai Senaling.

“Untuk Fasa Pertama, setiap pelajar menerima RM300 seorang dan untuk Fasa Kedua pula akan diagihkan pada bulan Oktober nanti.

“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas keprihatinan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

“Semoga dengan bantuan yang diberikan ini sedikit banyak dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka,” kata Rais.

Insentif B.A.S diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sejak tahun 2019, untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir ke sekolah atas alasan keluarga miskin tidak mampu bayar tambang bas sekolah atau van sekolah.

Show More

Related Articles

Back to top button