Berita

Rais: Bumbung rumah asnaf diganti baru

SENALING: Nasib Puan Ruminah Sukiman @ Sugiman yang bumbung rumahnya mengalami kebocoran telah mendapat perhatian Penyelaras DUN Senaling, Tuan Haji Md Rais Mohamad @ Basiron.

Berikutan aduan MPKK Kampung Temeris, Pusat Khidmat DUN Senaling telah membaiki dan menggantikan bumbung yang bocor dan reput. Md Rais telah hadir melawat kediaman Ruminah untuk meninjau keadaan rumah yang telah siap dibaikpulih.

“Puan Ruminah yang kini berumur 73 tahun juga merupakan penerima bantuan daripada Baitulmal Kuala Pilah.

“Saya berharap dengan bantuan baikpulih bumbung ini dapat memberi keselesaaan kepada Puan Ruminah sekeluarga,” kata Md Rais.

Ruminah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Rais di atas bantuan yang dihulurkan.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Temeris, Encik Zahari Ashim;  Setiausaha MPKK Kampung Temeris, Puan Mastura Abu Bakar dan juga semua Ketua Biro MPKK Kampung Temeris.

Show More

Related Articles

Back to top button