Berita

Rais rasmi Intergrated Islamic School Kuala Pilah

Sebagai permulaan mempunyai 15 pelajar

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Rais Basiron merasmikan Intergrated Islamic School (ISSA) Cawangan Kuala Pilah yang baru siap dibina di Kampung Rembang Panas.

“Sebagai permulaan pusat tahfiz ini mempunyai 15 orang pelajar.

“Dengan adanya pusat tahfiz ini, syiar Islam akan terus berkembang terutamanya di DUN Senaling.

“Saya juga akan mengusahakan untuk membaiki jalan utama ke pusat tahfiz ini yang telah lama rosak,” katanya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Rembang Panas, Encik Mazlan; Pengerusi MPKK Kuala Rembang Panas, Puan Masita; Pengerusi MPKK Kampung Dioh, Encik Johari; Imam Masjid Kampung Rembang Panas, Tuan Haji Azhari dan Pengerusi Pendidikan Awan Nasional, Puan Norani Samsudin.

Show More

Related Articles

Back to top button