Berita

Raiyan: Bulan Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Pink October Awareness

SEREMBAN: Bulan Oktober, merupakan Bulan Kesedaran mengenai Kanser Payudara yang juga dikenali sebagai ‘Pink October Awareness’.

Ahli Kaukus Srikandi KeADILan, Puan Raiyan Abdul Rahim berkata, Kanser Payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia dan menurut Kementerian Kesihatan, seorang daripada 19 wanita di Malaysia adalah berisiko kepada penyakit tersebut.

“Sempena kempen #pinkoctober, saya ingin mengajak semua golongan wanita untuk menjalani saringan kanser samada di rumah ataupun melalui ultrasound dan mammogram di hospital.

“Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran berkenaan Kanser Payudara.

“Pada hari ini (Sabtu, 31 Oktober) saya ingin menjemput semua golongan wanita untuk memakai warna merah jambu (pink) dan mengambil ‘selfie’, berkongsi foto tersebut di media sosial dengan menggunakan #pinkoctober dan membantu meningkatkan kesedaran berkenaan saringan awal Kanser Payudara.

“Sila tag saya, supaya saya pun dapat lihat gambar-gambar #pinkoctober saudari sekalian,” jelas Raiyan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KeADILan.

Nota: Sebagai tanda sokongan Negeri Kita kepada Bulan Kesedaran Kanser Payudara, kami menggunakan #pinkoctober berwarna merah jambu (pink).

Show More

Related Articles

Back to top button