Berita

Rakyat NS bersyukur dgn bantuan Kjaan Negeri

SEREMBAN: Sedia maklum wabak Covid 19 (Coronavirus) telah melumpuhkan sebahagian besar ekonomi dunia mahupun Malaysia, syarikat dan pejabat ditutup untuk sementara waktu dan ada yang beroperasi secara terhad dengan pekerja bekerja dari rumah. Pergerakan orang ramai sangat terbatas.Golongan yang terjejas teruk adalah mereka yang berpendapatan rendah yang dibayar gaji harian atau yang bekerja sendiri dengan pendapatan harian.

Justeru, merasai keperitan yang dirasai oleh golongan yang berpendapatan rendah, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Aminuddin Harun tidak menunggu lama untuk mengambil langkah sewajarnya dengan menyalurkan bantuan barang keperluan asas.

Dato’ Seri Aminuddin mengumumkan peruntukkan sebanyak RM3.0 juta untuk tujuan ini dan bantuan ini telah disalurkan kepada golongan sasaran melalui pejabat ADUN dan Penyelaras DUN dengan kerjasama MPKK setempat.

Suzanah Saat, salah seorang penduduk Apartment College Heights, Sikamat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar di atas agihan bantuan ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan semua pihak yang terlibat mengagihkan bantuan ini kepada rakyat yang tidak berkemampuan. Saya sangat terharu dengan bantuan ini,” katanya.K.Muniandy dari Taman Megaway, Sikamat memuji usaha Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan barang keperluan asas ketika rakyat menghadapi krisis Covid 19.“Saya rasa bersyukur kerana menerima bantuan barang keperluan dapur ini dari Kerajaan Negeri.  Beritahu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin, saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau,” kata Muniandy.

Siti Hajar Miskon  dari Taman Desa Beringin, Sikamat, menyatakan kesyukuran di atas penerimaan bantuan sara hidup tersebut.“Saya amat bersyukur dengan bantuan ini. Sekarang ini (saya) tiada pekerjaan. Jadi saya ucapkan terima kasih banyak kepada YAB Dato’ Seri Aminuddin dan Pusat Khidmat DUN Sikamat,” ujarnya.

Shariah Mohd Yusof, dari Felda Palong 4, Gemas pesakit kencing manis yang tinggal bersama dua lagi keluarga anaknya dengan jumlah isi rumah seramai 13 orang menyambut baik dan terharu dengan sumbangan Kerajaan Negeri.“Bantuan seperti beras, gula, telur dan minyak masak ini tiba dalam keadaan yang sangat memerlukan.

“Saya sangat bersyukur kerana Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin begitu prihatin dengan nasib rakyat yang kurang berkemampuan seperti kami di kampung ini,” katanya.Shah Hamid, warga emas dari Telok Kemang turut menyatakan kesyukuran di atas penerimaan bantuan tersebut.

“Bantuan ini sedikit sebanyak akan meringankan beban perbelanjaan kami sekeluarga. Apa pun saya rasa bersyukur dengan bantuan ini,” ujar beliau.Penyelaras DUN Palong, Rebin Birham berkata, beliau telah mengedar bantuan barang keperluan asas (Fasa 1) kepada 953 keluarga di DUN Palong.

“Alhamdullillah, respon dari rakyat sangat menggalakkan. Penerima bantuan ini samada sahabat Melayu, Cina atau India menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Seri Aminuddin dan Kerajaan Negeri.“Peneroka di sini mengalu-alukan bantuan seperti ini,” jelas Rebin.Selain Kerajaan Negeri Sembilan, NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Negeri Sembilan serta parti politik; Keadilan Negeri Sembilan, DAP Negeri Sembilan dan Amanah Negeri Sembilan turut menyumbang bantuan barang keperluan asas dan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button